suria

Penduduk dilarang 'membawang', boleh dihukum denda, kutip sampah

Undang-undang di pekan di Filpina melarang penduduknya bergosip. Foto philm1310/Pixabay

PIHAK berkuasa di Binalonan, sebuah pekan di Filipina kira-kira 200 kilomter utara Manila, memperuntukkan gosip sebagai satu larangan.

Larangan itu diletakkan di bawah undang-undang baharu bagi mengelakkan khabar angin tersebar dalam kalangan masyarakat.

Bercakap mengenai keburukan seseorang di Binalonan boleh dilihat sebagai pesalah dan perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

Pesalah gosip buat kali pertama akan dikenakan denda AS$3.8 (RM15.80) dan mengutup sampah di jalanan selama tiga jam.

Mereka yang mengulangi kesalahan pula bakal dikenakan denda sehingga AS$20 dan menyertai khidmat masyarakat selama lapan jam.

Undang-undang tersebut tidak menjelaskan apakah kelayakan sesuatu gosip.

Bagaimanapun, Datuk Bandar, Ramon Guico merujuk contoh seperti menyampaikan khabar angin mengenai hubungan dan situasi kewangan penduduk. - odditycentral

membawang, gosip

Artikel Lain