suria

Serpihan batu Stonehenge yang hilang dipulangkan selepas 60 tahun

Stonehenge, tapak warisan Inggeris di England.

SERPIHAN monumen batu purba Stonehenge di England dikembali ke tapak warisan itu selepas 60 tahun ia diambil.

Batu berbentuk silinder itu berukuran satu meter dengan keluasan diameter 25 mililiter, diambil pada 1958 semasa terdapat rekahan pada monumen batu itu dan diperkukuhkan dengan batang logam.

Robert Phillips, seorang pekerja firma pemotongan berlian Van Moppes yang menjalankan kerja-kerja tersebut, menyimpan serpihan batu itu dan kemudian membawanya ke Amerika Syarikat.

Tahun lalu pada ulang tahun kelahirannya ke-90, Phillips meminta agar serpihan itu dikembalikan ke tapak warisan Inggeris itu.

"Perkara terakhir yang kami tidak pernah jangka ialah untuk mendapa panggilan daripada seseorang di Amerika memberitahu kami bahawa mereka mempunyai serpihan batu Stonehenge," kata kurator, Heather Sebire. - Mirror UK



Stonehenge

Artikel Lain