suria

Tuah cucu! Nenek menang pertaruhan RM100,000 teka nama bayi diraja, Archie

Archie adalah nama yang menjadi pilihan pasangan Putera Harry dan Meghan Markle untuk anak sulung mereka.

SEORANG nenek bertuah menerima habuan lebih dari £18,000 (RM97,527) selepas dia meneka dengan betul nama anak sulung pasangan Putera Harry dan Meghan Markle iaitu Archie.

Wanita itu, yang belum dinamakan mempertaruhkan sebanyak £120 (RM649) selepas Archie yang dipanggil 'Baby Sussex' sebaik sahaja dilahirkan, lahir pada hari yang sama kelahiran cucunya, juga bernama Archie, menurut bookmakers.tv.

Dia meraih £18,120 dan memberitahu laman web itu bahawa dia merancang untuk menggunakan wang itu untuk cucunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tiga minit... Putera Harry, Meghan tunjuk putera sulung buat pertama kali

Warga emas itu berkata: "Saya pilih Archie sebab cucu saya, yang dilahirkan pada hari yang sama dengan putera itu, dinamakan Archie.

"Jadi saya fikir mahu buat pertaruhan, mana tahu Archie akan membawa tuah.

"Dan sekarang saya £18,000 lebih kaya, saya akan ketepikan wang itu untuk cucu saya," katanya.

Dalam satu kenyataan dari Buckingham Palace, keluarga diraja mengumumkan: 'Duke dan Duchess of Sussex gembira untuk mengumumkan bahawa mereka telah menamakan anak mereka Archie Harrison.

Bayi itu akan dikenali sebagai Archie Harrison Mountbatten-Windsor.' -Mail Online

Archie, Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain