TINDAKAN seorang DJ radio yang menghina anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle mencetuskan kemarahan ramai. DJ Danny Baker membuat permohonan maaf selepas memuat naik tweet yang menyamakan bayi diraja itu dengan monyet. Dia memuat naik foto seekor monyet bersama pasangan lelaki dan perempuan dengan kapsyen "Bayi diraja meninggalkan hospital." Tweet itu dimuat naik beberapa jam selepas pasangan diraja itu memperkenalkan bayi mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor. Dia yang bertugas untuk program BBC Radio 5 Live kemudiannya menerima kecaman ramai dan dianggap bersifat perkauman. - Daily Star.