PUNCAK gunung paling tinggi di dunia, Everest menjadi lokasi pendakian yang cukup popular sejak dahulu lagi. Namun, kehadiran pendaki di lokasi itu turut membawa keburukan buat gunung berkenaan. Buktinya, lebih 5,000 kilogram (kg) sampah berjaya dipungut di lokasi popular itu. Proses pembersihan itu dilakukan pada 14 April lalu. Ia bersempena kempen 45 hari pembersihan gunung berkenaan Mereka turut menyasarkan untuk mengutip sehingga 10,000 kg sampah sepanjang program itu. Setiap tahun, ratusan pendaki berkunjung ke gunung berkenaan. Antara sampah yang ditinggalkan termasuklah botol, barangan makanan dan sebagainya.- India Times.