suria

Lelaki dipaksa makan daging manusia, dua suspek ditahan polis

Dua suspek sudah ditahan manakala seorang lagi masih bebas.

SEORANG lelaki menghadapi detik cemas yang cukup menakutkan apabila dia dipaksa makan daging manusia.

Selain itu, suspek kes itu turut kencing di atas badan lelaki tersebut.

Menerusi kejadian di daerah Thiruvarur itu, polis menahan dua suspek berkenaan pada Isnin.

Mangsa, P Killimalai membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, tiga lelaki iaitu Shaktivel, Rajesh dan Rajakumar memaksa agar dia makan daging manusia.

Mangsa yang berusia 43 tahun diserang lelaki berkenaan sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dakwanya, dia menjadi sasaran serangan gara-gara pergolakan antara dua komuniti berbeza di kawasan itu.

Setakat ini, seorang lagi suspek masih belum ditahan. - India Today.

Artikel Lain