suria

Gagal mendarat dengan selamat, pesawat tersadai atas rumput di lapangan terbang

Keadaan pesawat itu yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada Rabu.

SEBUAH pesawat gagal mendarat dengan selamat menerusi satu kejadian malang pada Rabu di Myanmar.

Ia menyebabkan empat individu dalam pesawat termasuk juruterbang mengalami kecederaan.

Malah, 15 individu turut dihantar ke hospital susulan kejadian berkenaan.

Pesawat kendalian Biman Bangladesh Airlines itu terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

Membawa 33 individu, pesawat BG060 itu dikendalikan dua juruterbang dan dua krew kabin.

Foto pesawat itu yang tersadai di atas rumput di tepi landasan turut menjadi tular.

Kejadian turut menyebabkan beberapa penerbangan lain terpaksa ditangguhkan buat seketika. - Daily Mail.

Artikel Lain