suria

Budak 2 tahun ditemui hidup dekat mayat ibu bapa yang mungkin dah mati 9 hari

Kediaman di sebuah pangsapuri yang menemukan ibu bapa seorang kanak-kanak yang meninggal dunia. Foto east2west news

SEORANG budak perempuan dua tahun ditemui hidup dekat mayat ibu bapanya yang mungkin sudah meninggal dunia sehingga sembilan hari.

Kanak-kanak bernama Alexandra itu ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan kecemasan yang memecah masuk ke kediaman di sebuah pangsapuri, susulan aduan mengenai bau busuk.

Dikhuatiri kanak-kanak tersebut berada di kediaman di tingkat tujuh pangsapuri itu selama seminggu atau lebih bersama mayat ibu bapanya.

Ibu bapa mangsa dilihat kali terakhir pada 2 Mei lalu apabila kedua-duanya bertengkar.

Kanak-kanak itu ditemui bersama ibu bapanya, masing-masing berusia 27 dan 34 tahun.

Dalam keadaan yang kurus kering, budak tersebut kelihatan terlalu lemah untuk berdiri dan dibawa oleh doktor ke hospital terdekat.

Punca kematian ibu bapa kanak-kanak itu, dan sama ada kedua-dua mereka meninggal pada masa sama tidak dijelaskan.

Tidak dilaporkan sama ada kanak-kanak malang itu mempunyai akses terhadap makanan dan minuman selepas ibu bapanya meninggal dunia. - Mirror UK


Artikel Lain