MEGHAN Markle dan Putera Harry dikecam kerana menggunakan kempen kesihatan mental untuk mempromosikan lokasi mencari ketenangan mewah milik rakan mereka bernilai £900 (RM4,867) satu malam. Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu membuat posting penghormatan kepada 'orang yang luar biasa di seluruh dunia' yang bekerja dalam bidang kesihatan mental kepada 7.6 juta pengikut Instagram. Pada mulanya mereka menerima pujian kerana membuat sokongan terhadap kesihatan itu secara umum. Bagaimanapun, orang ramai mula mengkritik selepas mendapat tahu salah seorang yang terlibat dalam kempen itu adalah Taryn Toomey. Mana mungkin tidak, Taryn yang juga eksekutif industeri fesyen yang juga guru kecergasan adalah kenalan Meghan. Seorang penulis diraja, Penny Junor memberitahu Daily Mail bahawa langkah melakukan promosi itu adalah tidak wajar, sambil menambah bahawa keluarga diraja seharusnya lebih telus. - Mirror UK