suria

Kecoh foto 'budak sekolah' kahwini wanita dewasa, tapi mereka buktikan jodoh kuat

Antara gambar yang tular di Mexico menunjukkan pengantin lelaki kelihatan terlalu muda berkahwin dengan seorang wanita dewasa. Foto Facebook Esto Es Guerrero

KECOH apabila beberapa gambar yang menunjukkan seorang budak terlalu muda berkahwin dengan seorang wanita dewasa tular di media sosial Mexico, minggu lalu.

Timbul spekulasi mengenai ia merupakan perkahwinan yang telah diatur dan pemerdagangan kanak-kanak.

Bagaimanapun, kisah sebenarnya adalah lebih tragik dan pada masa sama menyentuh emosi, berlainan dengan apa yang digambarkan.

Media di Mexico baru-baru ini melaporkan foto yang tular itu susulan sambutan sempena majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari di bandar Xaltianguis, Acapulco.

Jonathan (kanan) bersama isterinya pada majlis perkahwinan. Foto Facebook Xaltianguis, Gro

Namun, pengantin lelaki kelihatan seperti murid sekolah rendah, tetapi dia sebenarnya seorang lelaki berusia 19 tahun.

Pemuda bernama Jonathan itu mengalami gangguan saraf yang membantutkan tumbesarannya dan menjadikannya kelihatan lebih muda daripada usianya.

Walaupun dalam kekurangan itu, Jonathan masih dapat bertemu jodohnya.

Dia bersama tunangnya melangsungkan perkahwinan pada minggu lalu, disaksikan oleh keluarga dan rakan-rakan. - odditycentral

Artikel Lain