suria

Model bikini kecewa jadi tumpuan lelaki miang

Jenna Thompson. Foto nc/daily star

MODEL bikini, Jenna Thompson kecewa apabila sering mengalami pengalaman buruk mengenali lelaki yang tidak baik, sejak dua tahun lalu.

Dia percaya badanya yang mantap itu menjadi punca kebanyakan lelaki hanya mahu menidurinya.

Bekas ahli bina badan berusia 36 tahun dari United Kingdom itu muncul dalam program Blind Date menerusi saluran Channel 5.

Antara lelaki yang menyertainya adalah mereka yang pernah berkahwin dan bekerja sebagai lelaki peneman (escort) termasuk seorang mafia warga Rusia.

Ibu dua anak itu berkata: "Saya membujang kira-kira dua tahun dan banyak isu di luar sana.

"Dunia dating banyak mengubah saya. Semua orang mengguna aplikasi dan mereka dilihat tidak lagi mahu menjalinkan hubungan.

"Saya mahu mencari seorang lelaki yang mahukan komitmen dan serius menjalinkan hubungan, tetapi kebanyakan lelaki hanya mahu satu daripada saya," katanya. - Daily Star


bikini, model

Artikel Lain