suria

Anak alami alahan keju meninggal dunia, ibu kritik pihak sekolah lambat hubungi 999

Rina bersama anaknya, Karanbir Cheema.

ALAHAN tidak boleh dipandang ringan malah ia boleh memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya.

Baru-baru ini, seorang wanita mengkritik sebuah sekolah kerana ia lambat mengambil tindakan terhadap anaknya sehingga membawa kepada kematian.

Menurut Rina, 53, anaknya Karanbir Cheema yang berusia 13 tahun mengalami alahan keju.

Menerusi kejadian sewaktu makan tengah hari di sekolah, seorang pelajar lelaki membaling keju sehingga terkena pada leher anaknya.

Kata Rina, pihak sekolah mengambil masa yang lama untuk menghubungi petugas kecemasan di talian 999 sehingga terlepas peluang untuk menyelamatkan nyawa anaknya.

Rina, bertugas sebagai akauntan yang berasal dari Greenford, Middlesex berkata, pihak sekolah sudah dimaklumkan mengenai alahan anaknya.

"Saya bukannya nak membalas dendam, saya hanya mahukan perubahan yang lebih baik.

"Saya terdesak untuk mengubah sistem supaya ibu bapa lain tidak alami apa yang saya rasa.

"Anak saya tak patut meninggal pada hari itu. Dia satu-satunya anak saya, dia dunia saya," luah Rina. - Daily Star.

Karanbir Cheema, Rina, alahan keju

Artikel Lain