MALANG tidak berbau, begitulah gambaran nasib anggota bomba yang terjatuh akibat lantai yang basah. Sewaktu kejadian, mereka sedang bergegas untuk menaiki kenderaan bomba sebelum menuju ke lokasi kecemasan. Perkara itu dipaparkan menerusi satu rakaman CCTV di Balai Bomba Bandar Tianjin, China. Sewaktu penggera berbunyi, seorang anggota bomba yang melalui kawasan itu terjatuh ke atas lantai. Ia disusuli tiga lagi anggota yang menerima nasib sama. Bagaimanapun, mereka berempat tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum bangkit dan bergegas bagi melunaskan tugasan. - Daily Mail.