suria

Anggota polis dipenjara, bekerja sebagai tukang cat selepas rakam gambar, serang wanita yang ditidurinya

Mahkamah Preston Crown Court menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah terhadap Dunne.

SEORANG pegawai polis menerima padah gara-gara melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita.

Lebih teruk, Dominic Dunne turut merakam adegan seks bersama wanita itu tanpa disedari mangsa.

Polis berpangkat konstabel berusia 26 tahun itu turut menafikan kelakuannya mengambil gambar mangsa tanpa disedari.

Perbuatannya itu kantoi selepas telefon bimbitnya diperiksa ketika bertugas sebagai konstabel dan menemui beratus gambar mangsa tanpa kebenaran.

Dominic Dunne

Bagaimana pun dia menafikan perbuatannya itu salah dan bertegas kesemua gambar itu diambil atas persetujuan bersama.

Namun selepas sesi pendengaran di mahkamah oleh mangsa, pihak juri mendapati dia melakukan serangan seksual malah dia kelihatan gembira melakukan keganasan itu.

Hakim Robert Altham menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah dan berkata: “Dia mengaku dalam buktinya bahawa semua gambar itu diambil untuk kepuasan seksualnya sendiri.”

Dunne telah hilang kariernya sebagai anggota polis.

Dia kini mendapat kerja di penjara sebagai tukang cat di penjara dan dilatih menjadi seorang 'pendengar'. – Dailymail.co.uk

Artikel Lain