KEJADIAN perlanggaran antara dua pesawat di Ketchikan, Alaska menyebabkan lima individu meninggal dunia. Selain itu, 10 yang lain cedera manakala seorang lagi individu dilaporkan masih hilang. Menurut jurucakap Badan Penerbangan, Allen Kenitzer, punca perlanggaran masih belum dikenal pasti. Mangsa dibawa ke Hospital Ketchikan yang mana salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. Kejadian itu melibatkan pesawat Havilland Otter DHC-3 dan pesawat Havilland DHC-2 Beaver. Kejadian pada Isnin itu masih lagi dalam siasatan. - Daily Mail.