suria

Dayung bot pakai penyodok pasir, mangsa hanyut ambil masa 6 hari untuk pulang ke darat

Dalam keterpaksaan, dua lelaki itu bergilir-gilir mendayung bot menggunakan penyodok pasir. Gambar Hiasan: Florida Today

DUA warga Rusia terpaksa mendayung lebih 160 kilometer (km) selama enam hari selepas bot dinaiki mereka terbalik dilambung ombak.

Seorang lagi lelaki yang turut menaiki bot itu bagaimanapun masih belum ditemui.

Kumpulan sahabat itu bertolak dari bandar pelabuhan Petropavlovsk-Kamchatsky sebelum bot mereka terbalik di Lautan Pasifik.

Dua lelaki itu sempat menaiki semua bot itu manakala seorang lagi rakan mereka hilang.

Lebih parah, mereka menyedari bot itu mengalami kerosakan enjin dan mereka tidak memiliki pendayung.

Sewaktu membuat pencarian di atas bot, mereka menemui penyodok pasir.

Ia digunakan untuk mendayung bot itu selama enam hari sehingga mereka mengalami kepenatan melampau.

Pasukan penyelamat menemui mereka sekitar 50 km dari persisiran pantai. - Daily Mail.

penyodok pasir, pendayung, bot

Artikel Lain