suria

Pesawat Rusia melantun, terbakar gara-gara juruterbang guna autopilot

Seramai 41 penumpang termasuk dua kanak-kanak maut dalam nahas itu.

RAKAMAN video terbaharu menunjukkan sebuah pesawat Rusia melantun di atas landasan sebelum terbakar di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow.

Punca nahas itu disebabkan kesilapan juruterbang semasa mendarat kerana dia bergantung sepenuhnya kepada autopilot.

Nahas itu mengorbankan 41 nyawa dengan berpuluh-puluh lagi terbakar hidup-hidup akibat kebakaran tersebut.

Kapten Denis Evdokimov tidak menerbangkan pesawat jenis Sukhoi Superjet 100 itu secara direct mode.

Dia mendakwa segalanya dilakukan mengikut buku.

Gambar api marak dirakam dari dalam pesawat.

Pembantu juruterbang Maxm Kuznetsov, 36, yang menyelamatkan keadaan masih berdiam diri mengenai nahas itu.

Juruterbang itu sepatutnya melakukan pendaratan kecemasan secara manual pada 5 Mei lalu selepas disambar petir yang menyebabkan pesawat tersebut terputus komunikasi.

Menurut laporan akhbar Kommersant, juruterbang didakwa menerbangkan pesawat itu dalam keadaan merbahaya.

Seorang pakar penerbangan mendedahkan juruterbang itu melakukan dua kesilapan.

"Kesilapan semasa mendarat dan kesilapan dalam menangani masalah tersebut," katanya. - Metro.co.uk

Artikel Lain