suria

Arahan keliru menara kawalan, gagal beza kiri kanan sehingga pesawat hampir langgar gunung

Kekeliruan arahan itu berpunca akibat kesilapan petugas Menara Kawalan Radar Terminal Selatan California.

SEBUAH pesawat dari New York hampir melanggar gunung berketinggian 1737 meter gara-gara kesilapan arahan menara kawalan.

Pesawat Eva Air Boeing 777 itu dalam perjalanan ke Taipei, Taiwan.

Ia hampir mengalami kemalangan gara-gara petugas menara kawalan gagal membezakan haluan kiri dan kanan.

Arahan itu dikeluarkan oleh petugas Menara Kawalan Radar Terminal Selatan California.

Malah, menara kawalan itu juga memberikan tiga arahan berbeza dan ia berubah-ubah dalam tempoh yang singkat.

Ia sekaligus menyebabkan berlakunya kekeliruan.

Kesilapan arahan turut menyebabkan pesawat itu terpaksa mengelak sebuah lagi pesawat Air Canada Boeing 787 yang sedang terbang berhampiran lokasi itu.

Menurut juruterbang, dia keliru dengan tiga arahan berbeza dalam masa singkat. - The Indipendent.

Artikel Lain