PAKAR geologi memberi amaran dua pertiga populasi dunia akan mati sekiranya gunung berapi Yellowstone di Amerika Syarikat (AS) meletus. Lebih parah, negara AS juga berkemungkinan bakal lenyap dari peta dunia jika ia benar-benar berlaku. Menurut Dr Jerzy Zaba dari Universiti Silesia, Katowice, Poland, letusan itu dijangka memberi kesan yang cukup buruk. Terletak di Taman Negara Yellowstone, ia sudah lama tidak meletus namun banyak mengeluarkan amaran sejak beberapa tahun lalu. "Saya menjangkakan letusan seperti 640,000 tahun lalu akan memusnahkan sebahagian besar AS. "Apa yang dimuntahkan gunung itu akan meliputi 500 kilometer radius dengan ketebalan satu meter. "Saya menjangkakan lima billion manusia akan mati akibat kebuluran," kata Dr Zaba. Gunung itu meletus secara penuh sebanyak tiga kali sahaja dalam 2.1 juta tahun. Setiap letusan itu memusnahkan turut memberi kesan yang besar. - Daily Star.