SEORANG graduan undang-undang mendakwa sukar mendapat pekerjaan kerana majikan tidak mahu terganggu dengan kecantikannya. Menurut Irina Kova yang menetap di London, United Kingdom, menjadi gadis cantik menjejaskan kerjayanya. Walaupun mempunyai ijazah undang-undang dan beberapa pengalaman bekerja, Irina bagaimanapun sukar untuk mendapatkan kerja tetap. Dia yang berusia 33 tahun itu percaya majikan lelaki secara serius tidak mengambil wanita yang menarik perhatian untuk dijadikan sebagai pekerja. Disebabkan kesukaran itu, Irina bertindak untuk tidak memakai kasut tumit tinggi dan mula memakai cermin mata. Dia juga hanya memakai solekan nipis sahaja. Bagaimanapun usahanya tidak mencukupi apabila ejennya mencadangkan supaya dia mewarnakan rambut ke warna lebih gelap bagi mengelakkan daripada stiga rambut perang. Wanita kelahiran Rusia itu mendakwa dia meletakkan jawatan berikutan komen-komen berhubung penampilannya. - Mirror UK