APLIKASI Google Maps dan Gmail tidak lama lagi boleh didapati pada telefon Huawei. Laporan terbaharu mendedahkan Google telah menyekat Huawei daripada menggunakan beberapa aplikasi menerusi telefonnya. Huawei pada masa ini menggunakan sistem operasi yang dibangunkan Google, Android pada rangkaian produk telefon dan tabletnya. Bagaimanapun, laporan oleh The Verge mendakwa Google telah menamatkan lesen Huawei. Ini bermakna beberapa aplikasi termasuk Google Maps dan Gmail tidak lagi boleh didapati termasuk kemaskini sekuriti Google. Pelanggan sedia ada akan dapat mengemas kini telefon dan aplikasi mereka, tetapi tidak akan dapat mengemaskini ke versi sistem operasi Android yang lebih bahru sekiranya terdapat yang terbaharu. Menurut Android, ia telah mengambil langkah-langkah untuk "mematuhi tindakan kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini". Ia merujuk kepada arahan eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang nampaknya bertujuan untuk mengharamkan kelengkapan Huawei dari rangkaian AS dan tertakluk kepada syarikat China itu untuk kawalan eksport yang ketat. Arahan itu yang memberi kuasa kepada kerajaan AS untuk mengharamkan teknologi dan perkhidmatan "seteru asing" yang dianggap sebagai "risiko yang tidak dapat diterima" kepada keselamatan negara. Ia bagaimanapun tidak menamakan negara atau syarikat tertentu. - Mirror UK