AKTIVITI seismos di bulan mengakibatkan permukaan satelit itu mengecut seperti kismis. Pasukan penyelidik mendapati gegaran pada permukaan bulan, di mana pertama kali diperhatikan oleh angkasawan Apollo lebih 50 tahun lalu, cenderung berlaku apabila bulan berada atau dekat dengan kedudukan apogi. Apogi adalah titik dalam orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada paling jauh dari bumi. Di sinilah tambahan tekanan pasang surut dari graviti bumi yang menyebabkan puncak dalam jumlah tekanan pada kerak Bulan. Ia kemudian mengakibatkan pengecutan di permukaan. Enam daripada lapan gegaran bulan yang paling terbaharu direkodkan berlaku pada waktu tersebut. Bulan mengecut apabila dalamannya sejuk dan mengecil, seperti sebiji anggur yang kering dan kemudian menjadi kismis. - Daily Star