suria

Tak suka tinggal bersama keluarga suami, isteri terjun kereta api bersama bayi 8 bulan

Kejadian berlaku di sebuah stesen kereta api di Mumbai pada Isnin. FOTO: Representational Image

SEORANG bayi berusia lapan bulan mengalami kecederaan ringan selepas ibunya terjun dari kereta api di Mumbai.

Gadis berusia 24 tahun itu, Gayatri Jaiswal bagaimanapun disahkan meninggal di tempat kejadian, pada Isnin.

Dalam pada itu, suami wanita itu turut buntu dengan tindakan isterinya.

"Saya tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil tindakan ini.

"Saya bercadang bawa dia naik kapal terbang, Kini ia tinggal impian sahaja," ujar suaminya yang dikenali sebagai Sushil.

Menurut siasatan polis, gadis itu dikatakan tidak berpuas hati kerana terpaksa tinggal dengan keluarga mentua.

Malah, dia sebenarnya mahu tinggal berasingan dengan suami dan anaknya.

Namun, punca sebenar masih lagi sedang disiasat. - India Today.

Artikel Lain