SETIAP minggu seorang lelaki menghantar empat permohonan kerja sejak dua tahun lalu, namun sehingga sekarang masih belum mendapat apa-apa pekerjaan. Jake Hopes berharap dia mendapat pekerjaan tetap selepas dua tahun melakukan pekerjaan termasuk di restoran makanan segera. Hopes,23, juga turut mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan dan pemasaran. Namun jauh di sudut hatinya dia kecewa kerana masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Jelas Hopes beberapa kali dia menghadiri temuduga, namun gagal mendapat sebarang pekerjaan. “Saya tidak dapat kerja di Pizza Hut, tempat yang selalu mengambil pekerja. “Terlalu ramai orang yang memohon pekerjaan itu, dan ia sangat sukar untuk dapatkan sebarang posisi. “Saya perlukan wang untuk menyambung ijazah. Tanpa kerja, saya tidak dapat berbuat demikian. “Ia sangat mengecewakan. Banyak masa diluangkan di rumah dan saya sangat bosan,” jelasnya.-metro.co.uk