suria

4 remaja dipenjara 67 tahun selepas bunuh, rakam kematian rakan menerusi Snapchat

Cemeren Yilmaz dibunuh pada September tahun lalu.

CEMEREN Yilmaz bukan sahaja dibunuh, malah detik kematiannya turut dirakam menerusi aplikasi Snapchat.

Perbuatan kejam sekmpulan remaja terhadap Cemeren membawa padah apabila mereka dijatuhkan hukuman penjaran 67 tahun.

Kumpulan yang dikenali sebagai Black Tom itu dibarisi Jacob Morgan, 15, Ramon Djauna, 15, Aaron Miller, 19, dan Caleb Brown, 16.

Kejadian itu belaku di Bedford, England pada September 2018.

Kumpulan remaja itu menyerang Cemeren dengan tukul dan pisau.

Rakaman kejadian yang tersebar di media sosial turut dimainkan semula sewaktu perbicaraan.

Cemeren meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah.

Cemeren sebelum ini dikatakan pernah menyertai kumpulan Black Tom itu. - Mirror.

Cemeran Yilmaz, Black Tom, bunuh, Snapchat

Artikel Lain