USAHAWAN Rusia, German Sterligov bertindak 'merebus' dirinya dalam periuk. Ujarnya, kaedah berendam dalam periuk besar itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Namun, dia tidak menyatakan secara spesifik penyakit apa yang boleh disembuhkan menerusi kaedah itu. Menurut Sterligov, air itu dicampur dengan herba dan garam. Menerusi video tular, Sterligov duduk di dalam periuk besar yang dinyalakan api. Dia pada 2017 pernah mencetuskan kontroversi apabila menggantung papan tanda bersifat penghinaan kepada golongan LGBT di hadapan kedainya. - Daily Star.