SEORANG lelaki dari India yang menempa populariti menerusi aplikasi video Tik Tok mati akibat ditembak individu tidak dikenali. Berlaku di Najafgarh, Delhi pada Selasa, mangsa, Mohit Mor sedang berada di kedai fotokopi sewaktu kejadian berlaku. Dia pada waktu itu sedang berborak dengan seorang rakan sebelum tiga lelaki tidak dikenali masuk ke dalam kedai sebelum melepaskan tembakan. Lebih menyedihkan, tujuh daripada 13 das tembakan yang dilepaskan terkena pada badan Mohit. Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Selain popular di Tik Tok, dia jug sering memuat naik video senaman kesihatan buat tatapan pengikutnya. - India Times.