suria

Balik dari hospital, ibu bapa tak sengaja tertinggal bayi baru lahir dalam teksi

Pemandu teksi itu kemudiannya menghubungi polis sebelum bayi itu disatukan semula dengan ibu bapanya. (Gambar Hiasan NHS).

SEORANG bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan di dalam sebuah teksi, baru-baru ini.

Lebih malang, perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja oleh ibu bapanya sendiri.

Menerusi kejadian di Hamburg, Jerman, pasangan itu hanya membawa turun anak mereka yang berusia setahun, sekembalinya dari hospital.

Tidak lama kemudian, pemandu teksi itu perasan bayi milik pasangan itu tertinggal dalam kenderaannya.

Dia pantas menghubungi anggota polis sebelum ambulans tiba untuk membuat pemeriksaan.

Akhirnya, bayi itu diserahkan semula kepada ibu bapanya. - The Indipendent.

bayi, teksi, tertinggal bayi

Artikel Lain