suria

Meneran terlalu kuat kerana sembelit didakwa punca wanita hilang ingatan 10 tahun

Gambar sekadar hiasan. Foto philEOS/Pixabay

SEORANG wanita dari Hong Kong dilaporkan mengalami hilang ingatan jangka pendek selepas menahan terlalu kuat di tandas akibat sembelit.

Ramai mengetahui meneran terlalu kuat semasa membuang air boleh mengakibatkan kesan sampingan, termasuk yang kecil seperti pening dan sakit kepala, sehingga yang mengancam nyawa iaitu strok.

Bagaimanapun, menurut bukti anekdot yang menjadi tular di media sosial China pada minggu lalu, seseorang itu boleh mengalami amnesia jangka pendek yang merupakan simptom akibat meneran berlebihan di tandas.

Pakar memberitahu, kesan sampingan itu disebabkan kekurangan oksigen di beberapa bahagian dalam otak.

Menerusi satu kes yang pelik dilaporkan oleh media di China baru-baru ini, seorang wanita yang meneran terlalu kuat untuk membuang air besar, hilang ingatan dari 10 tahun terakhir dalam tempoh kira-kira lapan jam.

Menurut seorang ahli keluarganya, wanita itu mengalami sembelit dan menghabiskan masa terlalu lama di tandas untuk cuba membuang air besar.

Sebaik saja keluar dari tandas, dia hilang ingatan hampir kesemua perkara yang dilaluinya sejak 10 tahun lalu dan ia berlangsung selama lapan jam.

Ramai yang menganggap ia adalah palsu, tetapi pakar bedah saraf China, Peng Jiaxong mengesahkan dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, sesetengah orang mungkin mengalami amnesia sebagai kesan sampingan, akibat terlalu lama duduk di mangkuk tandas. 

Peng menjelaskan bahawa keadaan itu mungkin disebabkan oleh aliran darah yang tidak mencukupi untuk sampai ke otak. 

Kebiasaannya, jantung memastikan aliran penuh darah oksigen ke otak kita melalui urat jugular, tetapi peningkatan tekanan perut dan intra-sebrum yang disebabkan oleh ketegangan menyebabkan penyingkiran vena yang tidak lengkap, yang mungkin mengakibatkan hipoksia. - odditycentral

meneran, tandas, sembelit, amnesia