suria

Jururawat ditikam pengganas dalam serangan di London Bridge terima anugerah antarabangsa

Kirsty Boden terbunuh dalam serangan pengganas di London Bridge pada 2017.

SEORANG jururawat wanita dari Australia menerima pengiktirafan antarabangsa, di atas jasanya sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan orang lain semasa insiden serangan pengganas di London pada 2017, lapor agensi berita Xinhua.

Kirsty Boden menerima pingat 'Florence Nightingale' daripada Palang Merah Antarabangsa, anugerah tertinggi untuk jururawat.

Boden maut akibat ditikam dalam serangan pengganas di London Bridge pada Jun 2017 ketika cuba menyelamatkan mangsa lain.

Pengarah Antarabangsa Palang Merah Australia, Peter Walton berkata kepada Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Selasa, "semangat dan keberaniannya amat luar biasa" dan beliau layak untuk menerima penghargaan itu.

Ketika kejadian Boden sedang menikmati makan malam bersama temannya, Harriet Mooney dan Melanie Schroeder.

Schroeder dalam kenyataan ketika prosiding inkues serangan itu, mengulangi kata-kata Boden "sebagai seorang jururawat saya perlu pergi membantu mangsa".

Borden ditikam oleh ketiga-tiga penyerang dan ditemui berlumuran darah di sebuah lorong oleh rakannya. -Bernama

Artikel Lain