KELUARGA Donald Trump dilaporkan menempah satu aras di sebuah hotel mewah di London, United Kingdom (UK). Hotel Corinthia yang merupakan hotel lima bintang menjadi tumpuan selebriti gred A dengan suite paling mewah bernilai £22,000 (RM116,250) semalam. Keluarga Trump membuat tempahan itu sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat ke UK bermula Isnin. Trump ditemani isteri, Melania dan empat dari lima anaknya dalam lawatan itu. - Mirror UK