SEORANG lelaki dipercayai penyokong Liverpool ditahan selepas melakukan onani di khalayak ramai pada aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad sebelum menyerang seorang pelancong dan polis. Warga Britain itu dirakam bersama-sama dengan ribuan penyokong Liverpool di Puerta de Sol semasa insiden berlaku. Lelaki berusia 33 tahun itu dilaporkan mabuk dan ditahan sebaik Liverpool menjaringkan gol kedua pasukan itu. Seorang saksi berkata lelaki itu memanjat pagar dan menanggalkan pakaiannya sebelum berkelakuan tidak senonoh. "Lelaki itu berkelakuan seperti seekor gorila. Seorang wanita menjadi mangsa serangan lelaki itu. Dia mendakwa lelaki itu menyelak skirt yang dipakainya. "Apabila dia berang dengan perbuatan itu, lelaki tersebut memukulnya di kepala. Dia mengalami kecederaan dan menerima rawatan daripada pekerja ambulans," katanya. Dataran yang digunakan penyokong untuk meraikan kemenangan Liverpool itu bertukar kecoh apabila lelaki tersebut menumbuk polis yang cuba menahannya. Dia bagaimanapun berjaya ditahan dan diiringi masuk ke kereta polis dalam keadaan bergari. Jurucakap polis Madrid berkata lelaki itu turut didakwa melakukan onani di tempat terbuka dan mengganggu orang awam. - Metro.co.uk