SEORANG wanita Australia antara lapan pendaki yang hilangs selepas runtuhan salji di pergunungan Himalaya, India. Ruth McCance dari Sydney dan tujuh pendaki lagi gagal turun ke kem perkhemahan di Nanda Devi yang merupakan gunung kedua tertinggi di India. Kumpulan McCance termasuk tiga pendaki lelaki dari United Kingdom, dua Amerika Syarikat dan seorang penunjuk arah. Lapan pendaki masih belum ditemui di Gunung Himalaya. Pencarian terus dijalankan sebaik sahaja mereka disedari tidak pulang ke kem dan pendaki tempatan mendapati khemah penginapan kosong. Semua keluarga mangsa telah dihubungi mengenai kehilangan mereka. Kumpulan tersebut diketuai oleh pendaki berpengalaman dari UK Martin Moran yang berkongsi status terkininya di media sosial pada 22 Mei lalu.- Dailymail.co.uk