suria

Hukuman penjara 2 tahun menanti, gara-gara bapa buka surat anak

Gambar sekadar hiasan. Foto jackmac34/Pixabay

SEORANG lelaki warga Sepanyol berdepan dengan hukuman penjara selama dua tahun kerana membuka surat yang ditujukan kepada anak lelakinya berusia 10 tahun, dan menjadikan ia sebagai bukti dalam perbicaraan terhadap ibu kanak-kanak itu.

Menerusi pendengaran di bandar Seville, Sepanyol pada Rabu lalu, seorang bapa dituduh kerana melanggar privasi anaknya dengan membuka surat berkenaan, di mana dia tidak dibenarkan berbuat demikian.

Surat tersebut dihantar oleh ibu saudara kanak-kanak itu, dan diberitahu dia harus memberi keterangan terhadap bapanya mengenai kes penderaan yang berlaku pada 2012 yang dikemukan terhadap defendan oleh ibunya.

Ibu saudara kanak-kanak itu dilaporkan juga menghina bapanya di dalam surat tersebut, yang kemudian digunakan defendan di mahkamah untuk membuktikan keluarga isterinya memaksa anaknya sebagai saksi untuk menentangnya.

Dia dibebaskan dalam kes itu, tetapi berdepan hukuman penjara dua tahun dan pampasan kewangan kerana melanggar privasi surat sulit. 

Dalam pembelaannya, peguam bapa kanak-kanak itu mendakwa dia telah membuka surat itu secara tidak sengaja, kerana dia berkongsi membaca bersama anaknya.

Pembelaan berpendapat bahawa dengan membuka surat itu, lelaki itu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, yang mana dia berhak untuk melakukannya.

Pejabat Pendakwa meminta agar tertuduh dibebaskan dalam hal tersebut, dengan alasan ia setuju bahawa dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah masih belum diputuskan.- odditycentral

surat

Artikel Lain