suria

Demi sebuah rumah, segelintir pembeli sanggup bermalam dalam kereta

Kereta-kereta pembeli beratur di depan pejabat jualan rumah.

DEMI mendapatkan sebuah rumah baharu, segelintir pembeli sanggup bergilir tidur di dalam kereta beberapa malam.

Mereka mengambil keputusan untuk beratur mengikut giliran di hadapan pejabat jualan Gleeson Homes dengan membawa minuman, beg tidur serta menempah makanan segera.

Rumah tersebut dijual berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan orang ramai terpaksa menunggu di dalam kenderaan masing-masing lebih awal kerana tidak dimaklumkan tarikh mula jualan.

Gleeson Homes tidak menyediakan harga atau tempahan rumah-rumah tersebut di atas talian namun dilaporkan harga hartanah itu bernilai sekitar 160,000 paun (RM845,280).

Seorang wanita memberitahu Manchester Evening News bahawa dia dan keluarganya terpaksa bergilir-gilir selama tiga malam tinggal di dalam kereta.

Rumah yang menjadi rebutan pembeli.

“Ia mungkin sehingga minggu depan atau minggu seterusnya. Mereka tidak memberitahu kami bila akan diumumkan. Saya berharap ianya depan.” 

Wanita itu menganggap ia satu prosedur yang paling teruk.

“Kenapa mereka tidak umumkan sahaja jualan rumah itu dan orang ramai boleh datang dan tempah daripada beratur dalam kereta ini?.”

Salah seorang pembeli meletakkan tanda di depan keretanya ‘first in queue for plot no.1’.

Manakala penduduk-penduduk di situ agak rimas melihat keadaan tersebut, namun mereka tetap memberi bantuan menyediakan air panas.

“Saya tidak suka mereka tidur di depan rumah saya, tetapi tidak ada apa yang boleh saya lakukan.”

Gleeson Homes pula meberitahu pihaknya cuba menggunakan sistem tiket, namun tidak berjalan dengan lancar. -metro.co.uk

Berebut, beli rumah

Artikel Lain