suria

Wanita serang, ludah warga emas gara-gara kongsi tempat duduk dengan dua anak

Perbuatan wanita ini mengundang marah netizen.

RAKAMAN video menunjukkan seorang wanita menyerang dan meludah ke arah warga emas kerana duduk berhimpit dengan dua anaknya di dalam kereta api.

Video itu dirakam di dalam sebuah kereta api bawah tanah di New York dan insiden dipercayai berlaku di Brooklyn.

Rakaman insiden menunjukkan wanita warga emas itu berkongsi tempat duduk dengan dua anak wanita terbabit walaupun kerusi itu hanya memuatkan dua penumpang.

"Kamu main-main dengan. Jika itu anak kamu adakah kamu OK dengan cara itu?," teriak ibu tersebut.

Semua penumpang di dalam kereta api itu dilihat hanya mendiamkan diri dan tiada seorang pun cuba meleraikan perbuatan wanita tersebut.

"Jaga b***** kamu dan tinggalkan tempat duduk ini sebelum saya terajang kamu," katanya.

Malah wanita itu dilihat menolak warga emas itu jatuh ke lantai kerana masih tidak berganjak meninggalkan tempat duduk tersebut.

Wanita itu turut berang apabila menyedari adegannya dirakam salah seorang penumpang sebelum video itu tular di Twitter.

Perbuatan wanita itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen di Twitter. - Metro.co.uk

kereta api, warga emas, serang, ludah

Artikel Lain