suria

Bapa bunuh kemudian bakar mayat anak dalam ketuhar

Pavel Makarchuk, 50, didakwa membunuh anak perempuannya berusia lima tahun.

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki membunuh anak perempuannya berusia lima tahun dengan memasukkannya ke dalam sebuah ketuhar.

Pavel Makarchuk warga Ukraine turut didakwa memukul kepala Darina sehingga mangsa terjatuh.

Namun suspek bertindak untuk menyembunyikan jenayah dilakukannya itu dengan menetak badan mangsa sebelum membakarnya di dalam ketuhar.

"Bapa mangsa menolak atau memukul budak perempuan itu. Dia terjatuh dan kepalanya luka.

"Budak itu akhirnya meninggal dunia. Bapanya mahu menyembunyikan kematian itu, jadi kanak-kanak itu ditetak dan dibakar," kata jurucakap polis.

Siasatan polis dilakukan sembilan bulan selepas kanak-kanak perempuan itu dibunuh.

Ibu Darina turut ditahan bagi membantu siasatan.

Isteri Makarchuk, 41, turut ditahan kerana bersekongkol dengan suspek.

Sebaik sahaja polis tiba di rumah mereka, pasangan suami isteri itu memakaikan baju perempuan kepada anak lelakinya, 3, seolah-olah memberi bayangan Darina masih lagi hidup.

Darina tinggal bersama keluarga angkatnya selama dua tahun dan dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya itu tiga bulan sebelum kematiannya.

Polis berkata ibu bapa Darina yang turut mempunyai tiga anak lain mengaku membunuh kanak-kanak perempuan itu dan membakarnya di dalam ketuhar.

Makarkuk, 50, kini berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan itu. - Metro.co.uk

bunuh, bakar, ketuhar

Artikel Lain