ORANG ramai di kawasan sekitar kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat, Rumah Putih digemparkan dengan tindakan seorang lelaki membakar dirinya. Pasukan keselamatan segera memadamkan kebakaran pada lelaki itu yang dikatakan terbakar 85 peratus pada badannya. Lelaki yang belum dikenal pasti itu bertindak membakar dirinya pada pukul 12.20 tengah hari Rabu waktu tempatan. Dia dilaporkan parah dan dirawat di hospital. Bagaimanapun, timbul spekulasi mengatakan dia mungkin memakai sut pelindung dalam kejadian itu. Setakat ini, Rumah Putih belum membuat kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan. - Mirror UK