suria

Ahli politik menangis raih hanya 5 undi dalam pilihan raya walaupun ada 9 ahli keluarga

Seorang ahli politik menangis memberitahu mengenai undi yang diraihnya pada pilihan raya umum, baru-baru ini.

SEORANG calon bebas di India meraih perhatian dunia selepas video menunjukkan dirinya menangis dan memberitahu dia hanya menerima lima undi dalam pilihan raya umum negara itu, baru-baru ini walaupun mempunyai sembilan ahli keluarga.

Video tersebut tular di media sosial.

Perdana Menteri, Narendra Modi memperoleh kemengan besar, dengan pilihan raya itu menyaksikan kira-kira 600 rakyat mengundi di seluruh negara.

Bagaimanapun, Neetu Shutteran Wala, yang merupakan ahli politik tidak dikenali bertanding sebagai calon bebas di bandar Jalandhar.

Menerusi satu temubual bersama seorang wartawan tempatan, Shutteran Wala menitiskan air mata apabila mendedahkan walaupun mempunyai sembilan ahli keluarga, dia hanya memperoleh lima undia.

Ditanya sekiranya bukan keluarganya yang mengundinya, ahli politik itu dengan penuh emosi memberitahu dia tidak menyalahkan keluarganya, tetapi dakwanya disebabkan penipuan dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, undian yang muktamad mendedahkan Neetu meraih 856 undi, satu jumlah yang agak baik bagi seorang calon bebas.

India Today melaporkan bahawa wartawan yang menemubual Neetu dibuat semasa undian masih dijalankan, maka kemungkinan ketika itu dia hanya mempunyai lima undi.

Neetu mungkin tidak memenangi kerusi di bandar Jalandhar, tetapi dia tidak pulang dengan tangna kosong kerana kini dikenali secara dalam talian. - odditycentral

Artikel Lain