SUKAR untuk menentukan sama ada seseorang itu sedang menggaru mukanya dan menggunakan telefon bimbit. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Jinan, wilayah Shandong di China yang menerima notis kesalahan kerana menggunakan telefon semasa memandu. Notis tersebut turut disertakan imej yang dirakamkan kamera pengawasan menunjukkan kesalahan yang dilakukan, dengan tangan kanannya pada pipi. Gambar tersebut bagaimanapun tidak menunjukkan telefon dan lelaki itu juga tidak mengingati sama ada dia menggunakan telefon ketika memandu pada hari kejadian. Pengguna jalan raya itu sebenarnya hanya menggaru mukanya semasa imejnya dirakamkan. Walau bagaimanapun, dia difahamkan akan menerima dua mata penalti pada lesen memandunya dan perlu membayar denda AS$7.25 (RM30.46). "Saya sering lihat netizen didedahkan kerana memandu dan menyentuh (lain) kaki, tetapi pagi ni kerana menyentuh muka saya, saya dirakamkan kerana melanggar peraturan!," kata pemandu itu di laman media sosial Sina Weibo. Tambahnya, dia merancang untuk berjumpa dengan pihak berkuasa dan meminta mereka menyelesaikan perkara tersebut. - odditycentral