SEORANG lelaki dimalukan oleh isterinya sendiri gara-gara berlaku curang. Jairo Vargas dipaksa berbogel sambil meniarap di atas bumbung sebuah kereta di kawasan awam di Colombia. Kejadian memalukan itu ternyata menarik perhatian warga sekitar. Malah, ramai orang awam turut menghentikan kenderaan mereka untuk merakam kejadian berkenaan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa individu yang memandu kenderaan berkenan. Sebelum ini, Vargas 'kantoi' dengan isterinya apabila dia bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah motel di Barranquilla. - The Sun.