suria

Misteri struktur gergasi bawah laut, ada yang kaitkan dengan teori konspirasi

Struktur misteri gergasi yang dikesan di perairan New Jersey.

SATU rakaman yang memaparkan objek hitam gergasi di perairan New Jersey tular di laman sosial.

Dirakam pada 26 Mei lalu, objek berbentuk bulat itu berada di dasar laut dan dianggarkan memiliki kelebaran 3.2 Kilometer.

Ia sekaligus menimbulkan teka-teka serta idea-idea mengenai teori konspirasi.

Klip struktur misteri itu sehingga kini menerima lebih 74,000 tontonan.

Malah, ia turut menerima pelbagai reaksi netizen.

Ia bukanlah kali pertama struktur misteri dikesan di perairan Amerika Syarikat (AS). - Daily Star.

Artikel Lain