ROKET Soyuz 2.1b milik Rusia dipanah petir sewaktu ia dilancarkan di Moscow. Namun, misi untuk menghantar satelit navigasi ke orbit itu dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah. Pengarah Roscosmos, Dmitry Rogozin turut memuat naik video kejadian itu ke laman Twitter. "Petir bukanlah masalah kepada kamu," tulisnya. Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Sebelum ini, roket Apollo 12 turut disambar petir sewaktu ia dilancarkan. Dalam pada itu, roket Soyuz 2.1b membawa satelit GPS terbaharu negara itu. Ia bakal digunakan untuk kegunaan awam dan ketenteraan. - Daily Star.