SEORANG lelaki dipenjara 341 tahun selepas membuat serangan dan paksaan secara seksual terhadap anak-anaknya, isteri, bekas isteri termasuk anjing belaannya. Christopher Sena, 52, didapati turut menjadikan lapan ahli keluarga terdekatnya sebagai sasaran dan kemudian merakamkan penderaan seksual itu. Christopher dari Las Vegas, Amerika Syarikat itu menjadikan lelaki dan perempuan sebagai mangsanya. Hakim, William Kephart memberitahu mahkamah bahawa hanya hukuman penjara ratusan tahun dapat memberi pengajaran terhadap kesalahan yang dilakukan Christopher. Tertuduh disabitkan dengan 95 jenayah seksual. - Metro UK