suria

Ibu terkilan bayi kembar tiga ‘pergi’ secara tiba-tiba, “Dia baik-baik sahaja sehari sebelum meninggal”

Foto tiga cahaya mata kembar Bethanie Bullas.

IBU mana yang tidak sedih seandainya anak mereka meninggal dunia?

Apatah lagi jika anak itu masih lagi kecil dan baru sahaja dilahirkan.

Begitulah yang berlaku terhadap Bethanie Bullas, 26, apabila salah seorang anak kembar tiganya meninggal dunia pada Februari lalu.

Ujarnya, bayi berusia 19 bulan itu meninggal dunia secara tiba-tiba sewaktu sedang tidur.

Kata Bethanie, dia menyedari badan anaknya menajdi sejuk dan sudah mengeras dan bibir bertukar menjadi biru.

Dikejarkan ke sebuah hospital di Nottingham, doktor bagaimanapun mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia akibat sebab yang tidak dapat dijelaskan.

"Dia seorang yang gembira, nampak baik-baik sahaja sehari sebelum meninggal," ujar Bethanie. - Daily Star.

Artikel Lain