suria

Bayar RM15,855, pelancong terkejut hotel yang ditempah sedang jalani pembinaan

Keadaan pembinaan di hotel itu.

PASANGAN pelancong dari British, Liam Stuart dan Kelsie kecewa dengan tempahan hotel yang dibuat mereka.

Sudah membuat pembayaran £3,000 (RM15,855), hotel yang ditempah di Lloret de Mar, Costa Brava, Sepanyol itu rupa-rupanya sedang menjalani kerja-kerja pembinaan.

Akibat kejadian itu, pasangan berkenaan terpaksa menempah sebuah lagi hotel lain.

"Hotel itu tak kelihatan sama seperti apa yang dipaparkan di laman web.

"Rupa-rupanya ia sedang menjalani kerja pengubahsuaian dan pembinaan," ujar Stuart.

Dalam pada itu, jurucakap hotel berkenaan turut memohon maaf atas kejadian berkenaan.

Ujarnya, kerja-kerja pengubahsuaian gagal siap dalam tempoh yang ditetapkan akibat beberapa gangguan.

Malah, mereka juga akan membayar semula kepada pelancong terjejas. - Daily Mail.

Artikel Lain