SEORANG jururawat yang pernah muncul dalam program Britain's Got Talent maut ditikam sebanyak 70 kali oleh teman lelakinya. Suspek yang juga seorang askar, Desmond Sylva, 41, menghubungi abangnya sejurus membunuh wanita itu. Polis menemui mayat Simonne Kerr, 31, dalam keadaan ngeri yang mana leher dan wajahnya ditikam. Lebih ngeri, pihak berkuasa menemui lebih 70 kesan tikaman di badan wanita itu. Sylvia dalam perbicaraan mahkamah berkata, dia bertindak sedemikian kerana mengalami masalah mental. Dia juga pernah menerima rawatan kecelaruan mental, tekanan dan trauma sebelum ini. Hukuman ke atas lelaki itu bagaimanapun belum diputuskan lagi. Untuk rekod, Simonne Kerr pernah menyertai Britain's Got Talent menerusi kumpulan nyanyian BPositive. - Daily Star.