SEORANG pengetua sekolah meletak jawatan selepas ditahan di sebuah kelab tarian bogel semasa mengiringi lawatan pelajarnya. Michael Comeau, 47, ditahan pagi Jumaat selepas dia enggan membayar perkhidmatan semasa di kelab yang terletak di Washington DC. Comeau dilaporkan meninggalkan hotel yang didiami bersama pelajarnya untuk berhibur di kelab tersebut. Polis bergegas ke kelab tersebut kira-kira pukul 2 pagi selepas menerima panggilan bahawa pengetua itu enggan membayar segala bil perbelanjaannya. Sebaik polis tiba di lokasi kejadian, Comeau dalam keadaan mabuk berdiri di tengah jalan raya dan enggan bergerak. Comeau ditahan dalam keadaan mabuk pada 30 Mei lalu. Dia bagaimanapun ditahan kerana mabuk di tempat awam. Comeau turut meletak jawatan dari sekolah yang diterajuinya selama lima tahun selepas insiden memalukan itu. Difahamkan pelajar seawal usia 12 tahun dilaporkan turut serta dalam lawatan sambil belajar ke Washington DC itu. Namun tidak dapat dipastikan mengapa mereka memilih untuk melakukan lawatan ke situ. - Metro.co.uk