SEORANG guru dikenakan tindakan selepas memberi anugerah 'murid lelaki paling menjengkelkan di dalam kelas' kepada seorang budak autism berusia 11 tahun. Kanak-kanak itu menerima anugerah tersebut dalam satu majlis anjuran Akademi Bailly Prepatus di Gary, Indiana pada 23 Mei lalu. Bapa mangsa, Rick Castejon mengecam pemberian anugerah tersebut yang dianggap sebagai perbuatan yang sengaja dilakukan untuk memalukan anaknya. "Kami terkejut. Kami tidak menjangka perkara itu berlaku. "Sebagai pengetua atau guru, anda tidak aptut membiarkan perkara ini berlaku kepada mana-mana pelajar," katanya. Castejon dan ibu bapa lain yang menghadiri majlis itu turut terpingga-pingga dan terdiam seketika apabila kanak-kanak itu menerima anugerah tersebut. Jurucakap sekolah terbabit memberitahu guru wanita itu sudah dikenakan tindakan tatatertib tetapi enggan mengulas sama ada dia dipecat. - Metro.co.uk