PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump 'kantoi' tertidur sewaktu mendengar ucapan Ratu Elizabeth di Istana Buckhingham. Foto yang dianggap memalukan itu pantas menjadi tular di laman sosial. "Baguslah dia tertidur sewaktu makan malam diraja. "Boleh dia tertidur? Sangat memalukan. "Kamu tidur sewaktu ratu beri ucapan! Kamu memalukan negara dan dunia," tulis beberapa netizen. Acara itu dihadiri lebih 170 tetamu termasuklah keluarga Trump dan ahli politik. Dia berada di sana dalam rangka lawatan selama tiga hari. -Mirror.